Sunday, April 12, 2009

Senggaraan Ubahsuai

Senggaraan ubahsuai adalah senggaraan yang dilakukan terhadap peralatan mengikut keperluan semasa ataupun mesin tersebut tidak lagi boleh di perbaiki supaya beroperasi seperti keadaan asalnya. Ini mungkin berlaku terhadap peralatan-peralatan atau mesin-mesin yang lama yang mana alat-alat gantinya sukar diperolehi

Senggaraan Pembaikkan

Senggaraan Pembaikkan

Bagi memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi, pembaikan hendaklah sentiasa dilakukan. Tidak kira kecil atau besar, sekiranya kerosakkan berlaku sehingga mampu melumpuhkan operasi dan ketahanan barang. Maka pembaikan harus dibuat.

Senggaraan Perlindungan

Senggaraan Perlindungan

Ia meliputi proses penjagaan peralatan dari segi membuat pemeriksaan dan penjajaran semula peralatan tersebut. Kaedah ini lebih praktikal kerana setiap peralatan akan dibetulkan dari dari semasa ke semasa ketika proses pemeriksaan. Ini akan meningkatkan tempoh hayat peralatan dan mengelakkannya dari mengalami kerosakan ketika sedang beroperasi

Dengan Pengetahuan yang dimiliki atau yang telah dinyatakan tadi, sudah pastilah kita mampu memberi pelindungan yang maksimum kepada barangan yang dimiliki. Sebagai contoh ketahanan, katakanlah ketahanan suhu .Sekiranya komponen tersebut tidak mampu menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan disuhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut.

Senggaraan Kerosakan

Senggaraan Kerosakan

Ia dilakukan apabila mesin atau peralatan mengalami kerosakan ketika sedang beroperasi. Kebiasaannya juruteknik akan hanya membuat servis keatas mesin yang mengalami kerosakan. Kaedah ini cepat tetapi untuk sesetengah mesin ianya tidaklah berkesan dari segi kos.

Pada kebiasaannya punca kerosakan bagi sesebuah peralatan elektrik adalah disebabkan oleh bahagian-bahagian atau komponen di dalam peralatan tersebut mengalami kerosakan kerana telah lama beroperasi. Tanpa penjagaan rapi komponen di dalam litar akan lebih mudah rosak.

Jenis-jenis Senggaraan

Jenis-jenis Senggaraan

1. Senggaraan Kerosakan
2. Senggaraan Perlindungan
3. Senggaraan Pembaikkan
4. Senggaraan Ubahsuai.

Fungsi Senggaraan

Fungsi Senggaraan

Senggaraan berfungsi untuk :-
1. Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi
2. Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan
3. Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum

OBJEKTIF SENGGARAAN

OBJEKTIF SENGGARAAN
1. Dapat mengemaskini sistem peralatan atau sesuatu mesin.
2. Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang disenggarakan.
3. Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.
4. Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan.
5. Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang disenggarakan.
6. Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan yang disenggarakan.
7. Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.

SENGGARAAN

DEFINISI SENGGARAAN

Definasi pertama

Mengikut kamus teknikal senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem penyenggaraan peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah sistem agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan.

Definasi Kedua

Definisi/Istilah dari kamus “Radio Shack's Dictionary of electronic” senggaraan bermaksud melihat dan menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala proses yang salah atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik.

Walau bagaimanapun, definisi kedua senggaraan adalah bertujuan daripada kewujudan kesan balik (feedback) oleh sebuah peralatan/mesin yang beroperasi secara senyap dan yang mungkin sempurna di mana mencapai tahap maksima dalam sesebuah peralatan elektronik.